Memaparkan catatan dengan label KELUARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELUARGA. Papar semua catatan

Rabu, 5 Disember 2012

TAJUK : AIR MATA BERTAMU LAGI


Assalamu'alaikum semua...Terlalu lama Aku tidak menjenguk n update blog aku ni.Entah kenapa sejak arwah mak meninggal pada 18/06/2012,hatiku menjadi tak tentu hala.Aku terlalu sedih kerana rasa macam semalam shj baru bersama mak.Aku terlalu rindukan arwah mak.Aku sering mimpikan arwah mak.Arwah mak tersenyum melihat aku yang sedang tidur.Bila aku tersedar dari tidur ,bantalku kebasahan kerana menangis mimpikan arwah mak.Masyaallah...Rindunya dengan arwah mak.

Semua orang mempunyai Ibu, Orang  yang telah  bersusah payah melahirkan aku,menjaga aku dan Sentiasa ada untuk aku disaat aku eemerlukan. Begitu juga aku, mempunyai seorang Ibu yang selalu ada untuk aku,sentiasa mendoakan aku dan yang menyayangiku dengan penuh kasih sayang. Bagiku,dialah wanita terbaik & sempurna yang aku ada di dunia ni,walaupun kadang2 aku tidak menghiraukan kata nasihat arwah mak.

Disaat dan ketika aku menulis blog ini,air mataku jatuh bagaikan kaca yang pecah retak seribu.Aku cuba membahagiakan diri ini..dengan mencarikan jodoh untuk ayahku.Erm...entahle,kadang2 apa yg kita rancang tak semunya akan menjadi.Nampak gayanya mcm peluang tu 50-50 je.Walau bagaimanapun,tak salahkan jika mencuba..biarlah ALLAH yang menentukan segala2 nya.

Untuk arwah mak aku,aku sentiasa mendoakan arwah mak ditempatkan bersama org2 yg soleh dan solehah.Sudah 3 hari aku mimpikan arwah mak.

"Dimanakan ku cari ganti,serupa denganmu..tak sanggupku" ....bla...bka..bla... (air mataku menitis lagi).Allahuakbar!!..kuatkan aku Ya Allah.Aku berhenti dulu sampai disini...Nak buat coretan lain pulok... :)

Papai..wassalam ^__^

Isnin, 11 Jun 2012

TAJUK : KASIH SEORG ANAK



Kasihnya ibu membawa ke syurga ,kasih anaknya sepanjang hayat...Itulah perkataan yg kuat bermain2 diminda ini.Hari ini 1 hari bersama mak di HKL,bermcm2 soalan yg ditanya olh doktor.Niat dihati Cuma nak tahu mak sakit apa,last2 kena tahan.Erm...inilah wajah kesayangan ibu yg menatang kami n mendidik kami dari kecik hingga dewasa.Entah mengapa hati terasa hiba bila mendengar apa kata doktor2 seramai 8 org yg memeriksa tubuh ibu.Masyaallah...hampir2 kena strok.Aku melihat tubuhnya semakin kecil.Kekuatannya utk meneruskan hidup masih lg kuat.Ku tatapi wajah tua ibu,erm...air mata terasa nk mengalir,tapi...AKU MESTI KUAT..Hari ini mak masuk wad di HKL.Moga kasih syg ank2 mengubat kesakitan yg dialami omak den...sahabat2 semua,doakan emak teman cepat sembuh.
 — diHospital Kuala Lumpur.