Ahad, 6 Mei 2012
TAJUK : AURAT
Aurat Seorang Wanita Dengan Yang Lain Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban.
Manakala dalam istilah fiqh pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut.
Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:
1. Aurat Ketika Sembahyang Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut.
Walaupun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1. Suami
2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami. Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
http://ctss-siti.blogspot.com/2012/05/tajuk-aurat.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan