Ahad, 4 Mac 2012
TAJUK : KISAH SYAITAN MENGGODA MANUSIA.
Dalam suatu riwayat pula diceritakan ,bahawa ada seorg lelaki dari kalangan Bani Israil sgt tekun beribadah didlm biaranya,bernama Barsisa.Dia adalah seorg yg sentiasa dikabulkan doa2 nya.Ramai org dtg membawa keluarganya yg sakit,lalua Barsisa pun menyembuhkan si sakit itu berkat doanya.
Iblis laknatullah memanggil syaitan2,kemudia berkata :"Siapakah diantara kamu yg sanggup memfitnah org ini & menyesatkannya?"
Lalu sejenis makhluk yg bernama JIN IFRIT yg tergolong daripada syaitan berkata : " Akulah yg akan memfitnahnya,jika aku tidak berhasil,maka bukanlah aku dari golongan engkau".
"Ya..kamulah yg akn menggodanya",kata iblis.Maka berangkatlah IFRIT itu menuju ke istana raja dari Bani Israil.Raja itu mempunyai seorg anak perempuan yg sgt cantik,tiba2 anak perempuan raja tersebut disihirnya sehingga menjadi gila.
Kemudian IFRIT dtg kepada raja dengan menyerupai seorang manusia.Katanya kepada raja : " Jika tuanku menginginkan anak tuanku sihat,maka bawalah dia kepada Barsisa,iaitu seorang pendita yg sangat makbul doanya.Maka anak perempuan itu pun dibawa kepada Barsisa,lalu Barsisa mengubatinya sehingga sembuh.
Yang menghairankan,ketika anak perempuan yg cantik itu dibawa pulang ke istana,penyakitnya datang lagi.aka berkata syaitan kepada raja :"Jika kamu menginginkan anakmu ini sihat,maka tinggalkan anakmu ini dirumah Barsisa selama beberapa hari".
Mereka kembali membawa anak perempuan itu kepada Barsisa lalu raja hendak meninggalkan anak perempuan itu disana.Pendita itu menolak,tapi mereka terus memohon kepada Barsisa sehingga akhirnya Barsisa tidak kuasa untuk menolaknya.
Pendita itu adalah seorang yg sentiasamengerjakan solat & berpuasa.Sedangkan anak perempuan itu ditempatkan disisi tempat ibadahnya,diberinya makan sampai beberapa waktu lamanya.
Pada suatu hari Barsisa terlihat tubuh & wajah anak perempuan itu,dan dia belum pernah melihat seorang wanita secantik itu.Lalu hatinya condong kepada wanita tersebut kerana godaan syaitan,sehingga akhirnya dia sudah tidak tertahan lagi.Didekatinyalah anak perempuan itu sehingga akhirnya hamillah anak permpuan itu.
Lalu syaitan datang kepada Barsisa serta berkata :" Wahai Barsisa,sesungguhnya kamu telah melakukan kesalahan yg sangat besar,kamu telah menghamilkan perempuan ini,sedangkan kamu tidak akan dapat lepas
dari kemurkaan raja atas perbuatanmu ini,kecuali bila kamu bunuh saja lalu kamu kuburkan dia ditepi biaramu ini.Apabila nanti mereka bertanya kepadamu,jawablah :sesungguhnya dia telah meninggal dunia kerana penyakitnya".Dengan alasanmu itu.mereka pasti akan mempercayaimu".
Anak perempuan itu lalu dibunuh & dikuburkannya.Kemudian datanglah keluarganya& menanyakan keadaan anaknya.Mka jawab pendita itu :" Dia telah meninggal dunia kerana penyakitnya". Mendengar keterangan dari Barsisa tersebut,mereka pun percaya lalu berangkat pulang.
Syaitan berkata pula kepada keluarga malang itu :"Sebenarnya pendita itu telah menghamilkan anakmu.Maka kerana takut diketahui orang,anak perempuanmu itu disembelihnya lalu dikuburkan ditepi biara".
Setelah mendengar keterangan itu,maka raja pun segera bertolak dengan diiringi beberapa org menuju ketempat pendita tersebut.Sesampainya raja itu dibiara tersebut lalu ternyata apa yang dikatakan syaitan itu adalah benar.mereka membongkar kubur anaknya,ternyata anak gadis itu memang dibunuh oleh Barsisa.Pendita itu lalu ditangkap kemudian disalib.
Syaitan datang lagi ketika Barsisa sedang berada diatas tiang salib,kata syaitan kepada Barsisa :" Wahai Barsisa,aku akan menyelamatkan kamu dari tiang salib itu,jika kamu mahu bersujud kepadaku sekali sahaja".
Kata syaitan:"Cukup dengan memberikan isyarat menganggukkan kepala".Maka Barsisa pun bersujudlah kepada syaitan seraya berisyarat dengan kepalanya.Setelah itu syaitan berkata :"Aku terlepas diri dari kamu,sesungguhnya aku takut kepada Allah tuhan semesta alam".
PENGAJARAN :
- perkara yg terjadi kepada Barsisa itu hendaklah menjadi bahan renungan bagi kita semua,betapa syaitan telah berhasil menggoda seorang ahli ibadah,dari bertuhankan Allah menjadi memperhambakan diri kepadanya.
- oleh itu,hendaklah kita berhati2 & sentiasamemagari diri denagn cara mentaati perintah Allah & meninggalkan segala larangannya.
WALLAHU'AKLAM - rujukan : Wasiat Wanita Solehah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan