Rabu, 5 Disember 2012

TAJUK : AIR MATA BERTAMU LAGI


Assalamu'alaikum semua...Terlalu lama Aku tidak menjenguk n update blog aku ni.Entah kenapa sejak arwah mak meninggal pada 18/06/2012,hatiku menjadi tak tentu hala.Aku terlalu sedih kerana rasa macam semalam shj baru bersama mak.Aku terlalu rindukan arwah mak.Aku sering mimpikan arwah mak.Arwah mak tersenyum melihat aku yang sedang tidur.Bila aku tersedar dari tidur ,bantalku kebasahan kerana menangis mimpikan arwah mak.Masyaallah...Rindunya dengan arwah mak.

Semua orang mempunyai Ibu, Orang  yang telah  bersusah payah melahirkan aku,menjaga aku dan Sentiasa ada untuk aku disaat aku eemerlukan. Begitu juga aku, mempunyai seorang Ibu yang selalu ada untuk aku,sentiasa mendoakan aku dan yang menyayangiku dengan penuh kasih sayang. Bagiku,dialah wanita terbaik & sempurna yang aku ada di dunia ni,walaupun kadang2 aku tidak menghiraukan kata nasihat arwah mak.

Disaat dan ketika aku menulis blog ini,air mataku jatuh bagaikan kaca yang pecah retak seribu.Aku cuba membahagiakan diri ini..dengan mencarikan jodoh untuk ayahku.Erm...entahle,kadang2 apa yg kita rancang tak semunya akan menjadi.Nampak gayanya mcm peluang tu 50-50 je.Walau bagaimanapun,tak salahkan jika mencuba..biarlah ALLAH yang menentukan segala2 nya.

Untuk arwah mak aku,aku sentiasa mendoakan arwah mak ditempatkan bersama org2 yg soleh dan solehah.Sudah 3 hari aku mimpikan arwah mak.

"Dimanakan ku cari ganti,serupa denganmu..tak sanggupku" ....bla...bka..bla... (air mataku menitis lagi).Allahuakbar!!..kuatkan aku Ya Allah.Aku berhenti dulu sampai disini...Nak buat coretan lain pulok... :)

Papai..wassalam ^__^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan