Jumaat, 4 Januari 2013

TAJUK > BILAL BIN RABAH


Pengumandang Seruan Langit

"Seutama-utama perbuatan orang yang beriman adalah jihad di jalan Allah"


Bilal bin Rabah dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Beliau melalui jalan keras bagi mendapatkan Islam. Dijemur di padang pasir yang membara dan ditindih dadanya dengan batu yang berat, namun imannya semakin pijar juga jiwanya semakin kental.


Akhirnya kemuliaan datang kepadanya. Beliau menjadi sahabat Rasulullah S.A.W, dan menjadi juruazan yang tersanjung. Hingga kini, namanya harum dan diabadikan kepada setiap juruazan di dunia.


Cerita sejarah ini bercerita tentang Bilal bin Rabah. Lelaki yang tubuhnya diseksa semahu-mahunya, namun bibirnya tetap melantunkan "Allahu ahad, Allahu ahad..."

2 ulasan: