Jumaat, 7 Disember 2012

TAJUK : Kelebihan Menjadi Muazzin (bilal)


Kelebihan menjadi Muazzin (bilal).

1.Mengusir Syaitan.
2. Diampunkan dosanya selama bilal itu mengalunkan azan.
3. Jin Dan Manusia Serta Selainnya Menjadi Saksi Di Hari Qiamat.

4. Pintu Langit Dibuka Dan Saat Doa Mustajab.


PENERANGAN.


1.Mengusir Syaitan


Hadis daripada Abu Hurairah katanya:


Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”


(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)


2. Diampunkan dosanya selama bilal itu mengalunkan azan.


Dalam satu hadis yang lain.


Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya”. (H.R Al-Nasai).


3. Jin Dan Manusia Serta Selainnya Menjadi Saksi Di Hari Qiamat


Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya:


Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.”


(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)


4. Pintu Langit Dibuka Dan Saat Doa Mustajab.


Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:


Maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.”


(Hadis riwayat Ahmad)


Sabda Baginda lagi:


Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.”


Namun kita perlu ingat, pahala azan akan hilang jika seorang muazzin itu hanya melaungkan azan kerana dibayar atau diberi gaji. Begitu juga jika seorang muazzin itu melaungkan azan kerana mahu menunjuk-nunjuk akan suaranya yang sedap dan lunak. Maka dia akan mendapat dosa riyak.


Oleh yang demikian, marilah kita merebut pahala menjadi muazzin ini. Jangan kita membiarkan diri kita langsung tidak pandai melaungkan azan. Kerana azan ini amat dituntut untuk kita hafal sama ada untuk kita laungkan ke telinga anak yang baru lahir dan juga untuk tujuan-tujuan lain .Tak kisahlah sedap ke tak, yang penting hati mesti mau ikhlas beb!.


Kalau nak diikutkan ada banyak lagi kelebihan menjadi bilal ini. Kalaulah kita nampak pahala tuh, memang berebut punyalah.

 


http://ctss-siti.blogspot.com/2012/12/tajuk-kelebihan-menjadi-muazzin-bilal.html

:: SELAMAT BER'AMAL ::

2 ulasan: