Ahad, 1 April 2012

TAJUK : 10 SEBAB DIHAPUSNYA DOSA-DOSA MANUSIA

Sesungguhnya kesalahan/dosa seorang mukmin akan dihapuskan dengan sepuluh sebab, sebagai berikut:

1.Bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala mengampuninya. Kerana seseorang yang bertaubat dari sebuah dosa seperti orang yang tidak memiliki dosa.

2.Meminta ampun kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala mengampuninya.

3.Mengerjakan amalan-amalan kebaikan, kerana amalan-amalan kebaikan akan menghapuskan amalan-amalan kejelekan / amalan2 yg tidak elok.

4.Mendapatkan doa dari saudara-saudaranya yang beriman. Mereka memberikan syafaat kepadanya ketika masih hidup dan sesudah meninggal.

5.Mendapatkan hadiah pahala dari amalan-amalan saudara-saudaranya yang beriman agar Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan manfaat kepadanya dari hadiah tersebut.

6.Mendapatkan syafaat dari Nabi Muhammad SAW.

7.Mendapatkan musibah-musibah di dunia ini yang akan menghapuskan dosa-dosanya.

8.Mendapatkan ujian-ujian di alam barzakh yang akan menghapus dosa-dosanya.

9.Mendapatkan ujian-ujian di padang Mahsyar pada hari kiamat yang akan menghapuskan dosa-dosanya.

10.Mendapatkan rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

:: Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu mengatakan ::
“Dosa-dosa itu akan mengurangi keimanan. Jika seorang hamba bertaubat, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mencintainya. Derajatnya akan diangkat disebabkan taubatnya".

:: SELAMAT BER'AMAL ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan