Ahad, 1 April 2012

TAJUK : ANTARA AZAB BG MEREKA YG MENINGGALKAN SOLAT

Dunia :
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut :
1. Roh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika roh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh :

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan.

Hari Qiamat :
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

PESANAN : Sahabat2 ku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

:: SELAMAT BER'AMAL ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan