Ahad, 1 April 2012

TAJUK : TANDA2 DICINTAI ALLAH

1) Terjaga dari pesona dunia :
Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya terpesona dengan dunia dan dunia menguasainya. Jika selama 24 jam dlm sehari, seseorang banyak mengingati Allah, maka itu tandanya Allah mencintainya.Subhanallah!!...

2) Taat beragama :
Walaupun seseorang baru melangkah satu langkah menyambut ketaatan kepada Allah dengan menjalankan ajaran agama, maka yang demikian adalah petanda Allah mencintainya..marilah kita taat kpd Allah...

Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada orang yang mencintai dunia dan juga kepada orang yang tidak mencintainya, tetapi Dia memberi agama hanya kepada orang yang Dia cintai. Barangsiapa diberi agama oleh Allah, maka Dia telah mencintainya."

Jadi, jika seseorang mula tergerak untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran agama, maka itu petanda bahawa ia dicintai Allah..saya teringat seorg sahabat saya...moga Allah kuatkan hatinya...

3) Mendalami agama :
Ini juga dapat diperoleh secara bertahap seperti ketaatan beragama. Pada mulanya ia mungkin tidak memahami Islam sedikit pun, kemudian sedikit demi sedikit mula mempelajari Al-Quran dan dasar2 agama, lalu meningkat mempelajari agama secara mendalam, dan akhirnya dikenali sebagai ahli agama.

4) Sikap lemah lembut :
Apabila ia dianugerahi sifat lemah lembut sehingga menjadi hamba yang penyantun, maka sebenarnya ia dicintai oleh Allah. Sebaliknya, orang yang tidak mampu mengawal dirinya, walaupun hanya kerana persoalan yang kecil sahaja, ini akan membuatkan ia jauh dari dicintai Allah..masyaallah...hebatnya kasih syg Allah....

5) Diberi kemudahan melakukan ketaatan :
Allah akan mudahkan jalan2 kebaikan bagi orang2 yang dicintaiNya..Allahuakbar!!!

6) Diberi kesulitan melakukan kemaksiatan :
Allah akan menutup kesempatan dan jalan2 kepada kemaksiatan bagi orang2 yang dicintaiNya.

7) Husnul khatimah :
Akhir hayat orang yang dicintai Allah akan ditutup dengan pengakhiran yang baik. Ada sebahagian orang yang semasa hidupnya nampak taat pada ajaran agama, akan tetapi ketika meninggal dunia, amal perbuatannya adalah menentang Allah. Kerana itu, sepatutnya setiap orang perlu bimbang akan kematiaannya saat sedang dalam kemaksiatan. Sebaliknya, amal-amal ketaatan hendaklah sentiasa dijaga agar husnul khatimah menjadi penutup usia..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!!...

:: HEBATNYA KASIH SYG ALLAH,KITA CUMA PERLU SEDAR SIAPA DIRI KITA,APAKAH MUNGKIN DIAKHIR HAYAT KITA NNTI AKN DITUTUP DGN PENGAKHIRAN YG BAIK @ SEBALIKNYA,WALLAHU'AKLAM ::

:: SELAMAT BERAMAL ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan