Ahad, 1 April 2012

TAJUK : QALBUN SHAHIH.

Iaitu hati yang sihat dan bersih (hati yang sihat) dari setiap nafsu yang menentang perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan dari setiap penyimpangan yang menyalahi keutamaan-Nya. 

Sehingga ia selamat dari pengabdian kepada selain Allah, dan mencari penyelesaian hukum pada selain Rasul-Nya. Kerananya, hati ini murni pengabdiannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, baik pengabdian secara 1- iradat (kehendak),
2- mahabbah (cinta),
3- tawakkal (berserah diri), takut atas siksa-Nya dan mengharapkan karunia-Nya.

Bahkan seluruh hidupnya hanya untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala semata. Jika mencintai maka cintanya itu kerana Allah, dan jika membenci maka kebenciannya itu pun kerana Allah, jika memberi atau bersedekah, hal itu kerana-Nya dan jika tidak memberi, juga kerana Allah. Dan tidak hanya itu saja, tapi diiringi dengan kepatuhan hati kepada syari’at-Nya. Ia mempunyai landasan yang kuat dan prinsip tersendiri dalam menjadikan Muhammad SAW sebagai pemimpin tauladan dalam segala hal.

Allah SWT berfirman; “Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. al-Hujurat [49] : 1)


Ciri-ciri Qalbun Shahih

1- Apabila hati pergi meninggalkan dunia menuju KE di alam akhirat, sehingga seakan ia termasuk penduduknya. Ia datang ke dunia fana ini bagaikan seorang asing yang kebetulan singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan menuju alam akhirat. Sebagaimana telah diwasiatkan Nabi Muhammad SAW kepada ‘Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma (yg bermaksud); “Jadikanlah dirimu di dunia ini seakan-akan kamu orang asing atau orang yang sedang menyeberangi suatu jalan.” (HR. Bukhari)

2- Jika ia tertinggal wirid, atau sesuatu bentuk peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi, melebihi sakitnya orang yang tamak dan kikir saat kehilangan barang kesayangannya.

3- Ia sentiasa rindu untuk dapat mengabdikan diri di jalan Allah, melebihi keinginan orang yang lapar kepada makanan dan minuman. Yahya bin Mu’adz berkata; “Barangsiapa yang merasa berkhidmat kepada Allah, maka segala sesuatupun akan senang berkhidmat kepadanya, dan barangsiapa tenteram dan puas dengan Allah maka orang lain tenetram pula ketika melihat dirinya.”

4- Apabila tujuan hidupnya hanya untuk taat kepada Allah SWT.

5- Bila sedang melakukan solat, maka sirnalah semua kegundahannya dan kesusahan kerana urusan dunia. Sebab di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

6- Sangat menghargai waktu dan tidak mempersia2 kannya, melebihi rasa kekhawatiran orang bakhil dalam menjaga hartanya.

7- Tidak pernah terputus dan futur (malas) untuk mengingat Allah dan berzikir kepada-Nya.

8- Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti dari suatu amal perbuatannya. Ia lebih condong pada keikhlasan dalam beramal, mengikuti petunjuk syari’at Rasulullah SAW disamping ia selalu merenungi segala bentuk kurniaan yang diberikan Allah kepadanya, dan mengakui tentang kelalaian dalam memenuhi hak-hak Allah SWT.

::SELAMAT BER'AMAL ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan