Ahad, 1 April 2012

TAJUK : MARAHNYA SEORANG SUAMI....

Peringatan untuk suami/ bakal suami..

Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah...renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah diherdik,ditengking akan mudah menangis. Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahiny...Sesungguhnya air mata itulah jugak yg berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita. Pandang pada tangannya...Tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita. Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.

Ada suami suka mengamok tendang kerusi meja, pecah cermin dsbnya." Bahaya tu... suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.

Ada suami yang romantik, suka bercerita...Tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mau bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.

Ada suami tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.

Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.

Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.

Wallah hu 'aklam...

:: DIPETIK dari : Saidin Hj. Md.Hasnam/ copy & paste

Tiada ulasan:

Catat Ulasan