Ahad, 1 April 2012

TAJUK : MARAH SEORANG ISTERI....

Peringatan untuk isteri/ bakal isteri.....

Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam...ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. So.. apa kata,ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau,atau warna-warna lembut dan jangan sekali tengok warna-warna yg garang.Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata Kalau di rumah ada nas...khah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istiqfar. Ambil wudhu' nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.

Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal habit suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah tension sangat,masuk bilik tutup rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas. Betul ke tidak saya pun tak tau. Ini tips yg saya dengar dari pakar motivasi dalam tv

Ini satu lagi satu feel...suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.

kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami... anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.

Ada Isteri bila marah..suruh suami tidur kat luar bilik. kunci pintu bilik. Ugut suami..tak mau layan suami... ni apa cerita..? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat... suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi.

Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.

Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.

Wallahuaklam

:: DIPETIK dari : SAIDIN HJ. MD HASNAM to COPY & PASTE ::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan